วันอาทิตย์ที่ 22 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558


Aktivis Adam Ali ditahan polis ketika menyertai perhimpunan keadilan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi minggu kedua di depan kompleks membeli-belah Sogo.

Pada satu ketika berlaku pergelutan antara anggota polis dengan para penyokong ketika mereka mahu menahan Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad yang mempertikai tindakan polis menahan Adam itu.

Bagaimanapun, pihak polis melepaskan Nik Nazmi yang juga adalah exco kerajaan negeri Selangor dengan syarat para penyokong bersurai dan beredar dari situ.

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น