วันอาทิตย์ที่ 1 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya. Mahkamah menjatuhi hukuman mati kepada dua bekas polis elit Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar. Bagaimanapun motif pembunuhan itu masih diperdebatkan.

Mengulas kritikan berhubung motif tidak diketahui itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan kes bunuh meliputi pelbagai aspek.

Ini, katanya, termasuk mengukuhkan sebab di sebalik tindakan itu dan memastikan bukti cukup untuk tujuan pendakwaan.

“Ini akan direkod dalam kertas siasatan yang dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Semasa pendakwaan, pihak pendakwa akan menentukan kembali perkara itu atau keterangan yang mana satu untuk ditambah untuk membuktikan kes itu,” katanya kepada Malaysiakini.

Khalid berkata prosedur operasi piawai (SOP) sama dilaksanakan dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, ketika itu bawah ketua polis masa itu Tan Sri Musa Hassan.

Dia juga menegaskan bukan tugas polis untuk mempersoal pihak pendakwaan atau mahkamah kerana tidak menyelidik motif semasa pendengaran kes.  ~malaysiakini

Addin:

Lagi pendedahan memeningkan kepala dalam kes pembunuhan Altantuya. Mungkin ini pertama kali dalam sejarah penghakiman dalam negara ini, motif pembunuhan tidak diselidiki. Mungkinkah sekiranya motif diselidiki makin ramai VVIP yang akan terlibat? Kepada yang terlibat, kita tunggu pengadilan di padang masyhar kelak..

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น