Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria menggesa masyarakat umum agar tidak mengkritik badan kehakiman melalui media sosial kerana tindakan itu akan menghakis keyakinan ke atas badan itu.
Katanya, beliau mengesan banyak komen buruk ke atas badan kehakiman di media tersebut.
Hakim Ariffin juga menegaskan bahawa badan kehakiman yang bebas merupakan perkara paling penting dalam pentadbiran negara.
Katanya lagi, perdana menteri telahpun diminta untuk menjamin perkara itu melalui Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
"Kritikan yang tidak berasas ini mencemarkan institusi kehakiman.
"Mahkamah memandang serius tindakan ini – yang akan menjejaskan maruah dan integriti mahkamah – dan kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” kata Hakim Ariffin.
Beliau berucap dalam satu majlis pelantikan empat orang hakim di Istana Kehakiman hari ini.
Malaysiakini
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น