Yang menyebabkan orang ramai marah ialah selain dari punya sistem yang lembab, kadar yang dikenakan dianggap membebankan mereka..
Lembab kerana dari apa yang diiklankan hanya 2 hari diperlukan untuk mendapatkan Visa.. tapi hakikatnya 4 haripun tak dapat lagi..
Selama ini majikan yang mengajikan pekerja asing hanya perlu membayar levi dan 'processing fee' tiba-tiba dikenakan RM38.00 lagi..
2,000,000 pekerja asing darab RM38.00 jumlahnya RM76,000,000... senangnya kroni buat duit..bayaran levi pula dinaikkan dari RM495.00 menjadi RM610.00
Kenapa perlu MyEG?.. tak bolehkah urusan dijalankan melalui kaunter Imigresen?
Lebih menarik bila ada Timbalan Menteri yang mempertahankan MyEG mengatakan ianya diwujudkan bagi menangani masaalah orang tengah.. tapi dia tak sedar MyEG itu juga adalah orang tengah..
Persoalannya kini ialah MyEG ini diwujudkan bagi menangani masaalah yang ditimbulkan oleh orang tengah atau mengambil alih peranan orang tengah?
Laporan berkaitan.
Zahid ke imigresen 'disambut' lelaki berang
Lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi ke Jabatan Imigresen mendapat 'sambutan' mengejutkan.
Beliau diserbu individu tidak puas hati berhubung sistem baru pendaftaran permit pekerja asing secara atas talian.
Berdasar video dirakam KiniTV, lelaki 40-an itu berdepan sendiri dengan Zahid dan pegawai imigresen yang mengiringinya serta menghamburkan kritikan tanpa henti dengan nada tinggi.
Lelaki itu kedengaran membangkitkan isu orang tengah dan pendaftaran insurans melalui atas talian, tetapi tidak jelas konteks percakapannya.
"Nak tangkap saya, tangkaplah. Saya cakap terus terang depan menteri. (Orang tengah) kata nak bagi imigresen sikit, (pihak) ini sikit.
“Tolonglah, buang birokrasi ini. Kita nak buang (unsur) rasuah. Berhentikan segala-galanya," kata lelaki yang berkemeja kotak-kotak itu.
Zahid pula bagaimanapun serius dan tenang mendengar rungutan itu walaupun ia menarik perhatian orang ramai yang mengerumuni.
Malah, sebahagian mereka kelihatan mengambil gambar dan merakam video melalui telefon bimbit.
"Awak dengar sendiri," kata Zahid kepada pegawai-pegawai imigresen di sebelahnya ketika berdepan rungutan lelaki itu.
Menjawab soalan berkaitan unsur rasuah itu, pegawai imigresen yang mengiringi Zahid antaranya menjelaskan:
"Sebab itu kita buat undang-undang online (atas talian), itu sebenarnya," katanya.
Timbalan Zahid, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada 19 Januari lalu menjelaskan Pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing secara atas talian bertujuan menangani peranan orang tengah yang mengenakan caj berlebihan.
Sementara itu, dalam video kira-kira 3 minit itu juga kelihatan pihak yang mahu orang ramai dan juruvideo memberhentikan rakaman masing-masing lapor Malaysiakini Tak apa Zahid.. tadah sajalah telinga tu demi kroni.. tapi pandai jugak Zahid mengelak ya.. dia tepis pergi ke Kementerian Kewangan yang mana Najib sebagai Menterinya.. kah.. kah.. kah
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น