วันพุธที่ 21 มกราคม พ.ศ. 2558



Gambar-gambar yang disiarkan ini dimat naik di laman Facebook Temerloh (Klik) kira-kira sejam lalu semasa berita ini ditulus.

Gambar-gambar yang dimuatkan adalah diambil sekitar bandar Temerloh dan Mentakab yang terkesan teruk oleh kanaikan paras air di Sungai Pahang dan Sungai Semantan.

Untuk rujukan, Sungai Pahang menerima limpahan air yang lebih banyak yang turun dari Sungai Jelai danj Sungai Tembeling, dalam masa sama Sungai Semantan yang mengalir dari Bentong dan Bukit Tinggi juga mencurah dan memenuhi bandar Temerloh dan Mentakab.

Perhubungan terputus dari semua arah, termasuk ke Kuala Lumpur, Kuantan, Bera serta Jerantut. Dalam perkembangan sama, Kuantan yang cerah cuacanya semalam sudah berubah mendung pada pagi tadi makanala sejak petang tadi hujan renyai kadangkala lebat mulai turun.

Kuantan tidak akan terkesan oleh limpahan air Sungai Pahang secara langsung kerana tiada sungai di Kuantan yang mengalik ke Sungai Pahang, namun jika hujan terus turun di Sg Lembing pasti penduduk Kuantan perlu bersiap sedia.











0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น