Seorang wanita yang dirakam dalam satu video menunjukkan kejadian buli jalan raya memohon maaf ke atas seorang warga emas atas tindakannya itu.Siti Fairrah Asyikin Kamaruddin berkata beliau akan menemui pesara kerajaan itu dalam masa terdekat untuk memohon maaf. Beliau turut memohon pengguna internet menyebarkan "permohonan maaf ikhlasnya" itu demi "masa depan anaknya"."Ya, itu adalah kesalahan saya. Tolong pertimbang untuk masa depan anak saya. Saya mohon maaf." Tolong buang semua video. Saya galakkan semua media yang (muatnaik) video saya supaya membuangnya," tulisnya dalam laman sosial Facebook miliknya. Katanya, beliau juga tidak puas hati kerana satu laporan Astro Awani menggelar beliau sebagai "wanita mengamuk" dalam tajuk berita. Siti Fairrah, yang meluahkan kekesalannya dalam beberapa tulisan di Facebook, turut memaparkan kiriman SMS daripada pihak polis, meminta beliau memberikan kenyataan berhubung insiden itu." Berikan kekuatan. Saya akan hadapinya. Ramadan mengajar kita untuk tidak berkata buruk tentang saudara kita," tulisnya. ~mk
Aduh!!!!! sampai begitu sekali ada rakyat yang berang dengan sikap Kak Long CDM 25 sampai sanggup pergi rakam kereta berkenaan dirumah orang tuanya di Ladang Felda Lepar Utara 8, Bandar Jengka, Pahang.
Siang tadi rakaman gambar cuba nak sorok dengan menggunakan penyidai kain.
Omak Kau ingat cukuplah Kak Long diserang dialam siber .. Dia pun diberitakan sudah insaf dan melutut mohon maaf.
Yang pasti hidup Kak Long CDM 25 sudah tidak seperti dulu .. beliau cukup terkenal sekarang ini di kedudukkan yang salah.. suatu pengajaran kepada semua termasuk diri Omak Kau jua.
Sekarang ini dunia sedang memerhatikan kita dengan kecanggihan alat perakam .. silap tempat dan masa jika buat hal dan onar maka perbuatan kita akan dirakam dan dimuat naik di youtube.
Omak Kau nasihat ikhlas kepada Kak Long CDM 25 .. juallah kereta tu atau tukar nombor plate dalam kadar segera. ~omakkau
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น