วันพฤหัสบดีที่ 22 มกราคม พ.ศ. 2558


Chelsea sekarang ini pasukan terbaik di England & salah satu yang terbaik juga di Eropah. Kita juga masih bersaing dalam 4 kompetitif iaitu EPL (sekarang pendahulu), UCL (round of 16), Carling Cup (semi final) & Piala Fa.

Kita berada dalam perfomance yang sangat baik, lebih baik dari musim lepas. Setakat ini kita hanya kalah sekali sahaja dalam semua kompetitif iaitu tewas 1-2  kepada Newcastle dalam saingan liga beberapa minggu lalu. Kemudian kita cover balik kekalahan itu dengan memenangi 3 kemenangan berturut-turut, termasuk game semalam 3-1 ke atas Derby.

Persoalan hangat sekarang ini ialah adakah kita mampu meraih meraih empat kejuaraan sekaligus atau quadruple ?

Ada yang akan kata ya & ada yang akan kata tidak. Harus diingat, tak ada satu kelab England yang pernah menang quadruple. MU pernah memenangi treble pada tahun 1999, tapi itu treble & bukannya quadruple.

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น