วันจันทร์ที่ 26 มกราคม พ.ศ. 2558


Koperal Sirul Azhar yang didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan hari ini kerana membunuh Altantuya Shaariibuu telah menghilang diri dipercayai melarikan diri dan bersembunyi ke luar negara.

Beliau bersama sama dengan Cif Inpektor Azilah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Panel Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara.

Mahkamah Persekutuan telah mengeluarkan waran tangkap keatas Koperal Sirul Azhar menjadikan beliau orang yang paling dikehendaki sekarang ini.

Kini sudah tiba masanya pihak berwajib terutamanya PDRM mendedahkan identiti sebenar Koperal Sirul Azhar bagi tujuan memohon bantuan orang ramai mengesan dan jejak sehingga tertangkap penjenayah yang paling dikehendaki sekarang ini.

Selama ini rakyat dan orang ramai masih tertanya-tanya bagaimanakah raut wajah penjenayah ini kerana beliau sentiasa menutup wajahnya apabila hadir perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น