วันจันทร์ที่ 19 มกราคม พ.ศ. 2558


Pengadu kes Liwat 2Mohd Saiful Bukhari Azlan berharap pasukan peguam bela Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lagi melambatkan proses kehakiman dengan mencari alasan untuk melambatkan kes.

Saiful berkata, dia mahu kes ini segera ditamatkan dan yakin Mahkamah Persekutuanakan mendengar dan memutuskan kes ini dengan adil mengikut undang-undang, berpandukan bukti dan keterangan sepanjang perbicaraan.

"Cukuplah kes ini berlanjutan selama 6 tahun 2 bulan, sudah mencecah 100 penangguhan dan permohonan dibuat.


"Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya kerana ia melibatkan maruah dan masa depan," katanya dalam melalui tulisan di blognya hari ini. ~malaysian insider

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น