Langgar Akta Petronas : Najib Perlu Berundur
Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana cuba melanggar akta dan perjanjian yang ditandatangani pada 1974.
Timbalannnya, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perdana menteri perlu meletakkan jawatan kerana kenyataannya mahu menukar royalti minyak kepada wang ihsan jelas bertentangan dengan perjanjian sebelum ini.
“Kenyataannya mahu membayar wang ihsan bercanggah dengan kebenaran dan fakta.
“Kami beranggapan jawapan itu bertujuan memperbodoh rakyat Kelantan dan menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 1974,” ujarnya di sini.
Najib melanggar Akta Petroleum Negara 1974 dengan mengumumkan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan sedangkan perkataan 'wang ihsan' tidak langsung dinyatakan dalam akta tersebut.
Sebaliknya yang ada adalah 'bayaran tunai' atau disebut sebagai cash payment.
Oleh itu Ahmad Baihaqi berkata apabila seorang pemimpin tidak mampu lagi memegang amanah rakyat maka wajarlah beliau berundur secara terhormat.
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น