วันจันทร์ที่ 19 มกราคม พ.ศ. 2558


SEMPORNA: Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) gugur ditembak manakala rakannya dipercayai diculik dalam kejadian berbalas tembakan dengan lapan lelaki di sebuah resort di Pulau Mabul, dekat sini, 11 malam tadi.

Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini. 

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit. 

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Zakiah turut dikatakan sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang. ~hmetro

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น