Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah tidak teragak-agak untuk menyaman penulis blog KedahNews.com kerana memfitnahnya muflis sehingga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Raja Kamarul berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mana-mana kes mahkamah membabitkan perniagaan, tetapi mengesyaki ada kaitan dengan isu kenaikan cukai pintu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) sebanyak 1,000% yang diperjuangkannya, baru-baru ini.
"Ini muslihat politik, hairan kerana saya orang baru dan saya tak pegang apa-apa jawatan negeri dan pusat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. ~tmi
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น