Jururawat Australia saman AirAsia kerana pramugari jatuh atasnya
ururawat Australia menyaman AirAsia terhadap insiden tahun lalu apabila seorang pramugari terjatuh ke atasnya ketika pesawat melanggar kawasan berawan di Thailand.
Akhbar Australia Herald Sun melaporkan, disebabkan itu, Erin Crocker, 36, mengalami keretakan dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.
Dilaporkan Crocker menolak penyelesaian dari AirAsia, yang mana peguamnya Nancy Yonan, menyifatkan sebagai "keretakan seminit daripada nilai tuntutan sebenar."
AirAsia yang kehilangan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas di Laut Jawa menyebabkan kesemua 162 penumpang dan anak kapal meninggal dunia juga dikatakan mahu beliau bersetuju untuk tidak membuat tuntutan lanjutan, menurut laporan itu.
Yonan berkata, Crocker "enggan mengambil wang daripada mangsa" dengan mengambil tindakan perundangan, namun kemudiannya memutuskan untuk "mendapatkan haknya".
AirAsia sebelum ini mempunyai masalah dengan pihak berkuasa Australia.
Pada 2012, Suruhanjaya Persaingan Pengguna Australia (ACCC) mengambil tindakan undang-undang terhadap AirAsia kerana gagal mendedahkan harga penuh kadar tambang penerbangan dari Australia. – 18 Januari, 2015.
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น