วันอังคารที่ 20 มกราคม พ.ศ. 2558



PENYELIDIK dari Universiti Cambridge berkata, 'kurang bergerak' jauh lebihberbahaya berbanding dengan berat badan yang lebih.

Berdasarkan kajian yang mereka lakukan676 ribu kematian setiap tahunterjadi kerana kurang bergerakTetapi jumlah kematian akibat obesitimencapai 337 ribu kes.

Sejumlah ahli menyatakanjalan kaki selama 20 minit setiap hari bolehmengurangkan risiko kematian. Kajian itu juga mendedahkan, orang kurus yangjarang bersenam mempunyai risiko lebih besar mengalami masalah kesihatan.

Sementara ituorang dengan obesiti tetapi rutin bersenam mempunyaikesihatan yang lebih baik berbanding yang tidak pernah bersenam. Kajianyang diterbitkan di American Journal of Clinical Nutrition ini bertujuan untukmengetahui bahaya kurang gerak dan obesiti.

Para penyelidik meneliti lebih dari 334 ribu responden selama 12 tahun.

"Risiko terbesar (dari kematian awalterjadi pada mereka yang jarangbergerakdan itu konsisten dalam berat badan normalkelebihan berat badandan obesiti," kata salah seorang penyelidikProf Ulf Ekelund kepada BBCNews.

Prof Ekelundyang tinggal di Norwaymelakukan sukan ski cross country danolah raga berat selama lima jam setiap minggu. Namunia mengatakanberjalan cepat dapat mengubah kesihatan.

"Saya fikir orang-orang perlu mengambil kira hal ini dalam kehidupan seharianmerekaAnda boleh melakukan aktiviti fizikal selama 20 minitseperti berjalankaki ke tempat kerjaHal itu lebih baik dari pada menonton televisyen,"katanya.

Penyakit yang diakibatkan dari jarang bergerak dan obesiti hampir sama, yaknipenyakit jantung. Oleh itu bertuah lagi orang Islam, kerana dalam ibadat solat wajib sehari semalam lima waktu, pergerakan badan yang digerakkan sudah lebih dari 20 minit, kira-kira..


Jadi, dalam ibadat itu sendiri sudah ada kebaikan dari segi kesihatan. Belum kebaikan lain-lain lagi. Itulah keindahan Islam, maka rugilah orang tidak mengambil Islam sebagai cara hidup, atau yang sudah Islam tetapi tidak mahu malaksanakan suruh perintahNya. 

Bolehkah dikatakan solat dapat membebaskan dari penyakit jantung, kegemukan dan kurangi kematian? Apa lagi ditambah dengan solat-solat sunat..

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น