วันเสาร์ที่ 24 มกราคม พ.ศ. 2558



Pelakon Nur Fathia tidak bercadang untuk meneruskan kariernya sebagai peguam bertauliah biarpun telah berjaya menamatkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada akhir tahun lalu.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Latiff, 27, berkata, buat masa ini dia ingin memberikan fokus kepada karier seninya dan belum menetapkan untuk mengikuti kursus dan latihan kelayakan (chambering) dengan firma guaman bagi membolehkan dia bergelar peguam.

"Alhamdulillah saya telah pun menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang pada akhir tahun lalu namun tidak bercadang untuk meneruskan chambering buat masa ini.
"Jika saya ingin bekerja dalam bidang itu pun berkemungkinan saya akan pilih menjadi peguam hartanah," katanya.

Fathia ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta haruman terbaru Avon iaitu Only Delight Eau de Parfum di Hotel Grand Dorsett Subang di sini pada Khamis

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น