PAS sehingga hari ini masih tidak menyatakan pendirian dalam krisis di Selangor, malah selepas pemecatan enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) DAP dan PKR semalam, parti Islam itu masih belum membuat keputusan.
Apabila ditanya mengenai penolakan PAS kerana calon wanita yang diletak PKR, Dr Wan Azizah dengansedih berkata:"Berilah peluang."
Pada Isnin, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membincangkan isu di Selangor, namun pertemuan tersebut gagal mencapai sebarang persetujuan.
Sumber memberitahu PAS tidak bersetuju dengan calon PKR yang meletak Dr Wan Azizah.
PAS juga berkata hanya akan menyatakan pendirian mereka selepas selesai bermesyuarat pada 17 Ogos ini.
Khalid ditolak partinya sendiri dan dipecat daripada PKR Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Khalid berkata masih menteri besar yang sah selepas menyakinkan Sultan Selangor beliau memiliki sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau mengadap baginda di istana dan kemudian mengadakan sidang media menjelaskan statusnya sebagai menteri besar Selangor.
Khalid juga mencabar mana-mana exco yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.
Semalam, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor jatuh apabila Khalid memecat enam daripada 10 exco daripada PKR dan DAP.
Kini hanya tinggal baki empat exco daripada PAS bersamanya. ~tmi
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น