Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.
Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Bagi saya parti lebih utama.
Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.
"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti.
"Pemuda PKR sebelum ini berkata, parti itu harus mempertimbangkan untuk Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor.Setiausaha Pemuda PKR Pusat, Julailey Jemadi berkata, permintaan itu dibuat susulan mesyuarat sayap pemuda PKR yang berlangsung selepas PAS mengumumkan keputusan mereka.
"Kami bersetuju mencadangkan kepada Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mempertimbangkan semula cadangan PAS supaya memasukkan nama Azmin sebagai calon kedua," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mereka berharap agar PR dengan tiga parti sebagai komponennya menjadi gabungan yang mapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) di dalam pilihan raya umum akan datang.
Azmin berkata, kepimpinan parti daripada PKR, PAS, dan DAP akan mengemukakan surat kepada Sultan untuk memaklumkan parti itu bersetuju hanya Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor yang baru. ~tmi
0 ความคิดเห็น:
แสดงความคิดเห็น