วันเสาร์ที่ 17 มกราคม พ.ศ. 2558


Apabila PAS membuat keputusan untuk memihak kepada TS Khalid Ibrahim dalam isu kemelut MB Selangor sedangkan rakan parti dalam pakatan rakyat, PKR jelas menolak dengan mengemukakan pelbagai 'masalah' berkaitan dirinya, sebenarnya bakal mengundang rasa tidak puas hati penyokong 'tidak fanatik' dengan parti itu.

PAS boleh bersedia dengan perkara berikut;

Penurunan undi (proters) dari pengundi semasa PRU dan PRK

Kehilangan banyak kerusi DUN dan Parlimen kelak

Tedapat ahli PAS yang akan keluar parti. Mungkin dalam jumlah yang banyak

Dan kenyataan bahawa PAS tidak kisah jika keluar dari pakatan rakyat hanya kerana isu Menteri Besar ini sebenarnya amat mengecewakan pengundi yang memberi harapan besar kepada PAS - PKR - DAP. Lainlah jika memang sudah ada lama rasa tidak puashati PAS dalam PR selama ini.

Apa lagi option yang ada untuk rakyat yang kecewa?

KOTA BAHARU: Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pemangku ketua dewan berkenaan, Datuk Ahmad Yakob berkata mengikut sejarah, parti itu sendiri pun pernah berjuang bersendirian selepas keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) dan juga pakatan pembangkang bersama Semangat 46.

"Seandainya kita (PAS) bersendirian kita terima. Ini sejarah-sejarah yang telah disebut oleh Tok Guru (Nik Abdul Aziz). Laluan PAS ini bukan mudah.

"Keputusan Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan mengenai keputusan itu. Ia merujuk kepada lunas-lunas perlembagaan semasa membuat keputusan itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri anjuran Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di sini.

Dua hari lalu, dalam kenyataan bersama Nik Abdul Aziz dan timbalannya Datuk Dr Haron Din, Majlis Syura Ulama PAS telah menegaskan Abdul Khalid tidak boleh digugurkan selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan beliau disingkirkan.

Semalam keadaan politik di Selangor semakin memuncak apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat Abdul Khalid daripada parti itu berkuat kuasa serta merta setelah didakwa mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Mengulas isu yang sama, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS bagaimanapun mahu melihat isu itu diselesaikan dengan baik dan menafikan keadaan politik itu menyebabkan perpecahan dalaman gabungan pembangkang.

"Tidak seperti itu. Ini suatu yang memberi kematangan dalam berpolitik dan saya minta biarlah semuanya bertenang dan mencari jalan keluar terbaik.

"Kalau Dewan Undangan Negeri dibubarkan pun ia ada masalah juga," katanya.

Ketika ditanya sama ada perlu Abdul Khalid menyertai PAS berikutan beliau kini merupakan anggota DUN Bebas, Ahmad berkata ia sebenarnya terpulang kepada Abdul Khalid sendiri untuk membuat keputusan.

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น