วันเสาร์ที่ 24 มกราคม พ.ศ. 2558


Acara' tinggal serumah, tidur sekatil dengan teman lelaki atau teman wanita bukanlah hal yang asing bagi segelintir golongan selebriti.

Kalau dapat SS senaraikan nama mereka, pasti ramai akan terkejut beruk!
Jangankan golongan selebriti, budaya seperti ini turut membabitkan orang biasa sehingga tidak peduli hukum hakam agama, halal dan haram, lebih-lebih lagi yang beragama Islam.

SS tidak mahu menyentuh terlalu terperinci kerana manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Apa yang SS nak ceritakan ini ialah mengenai seorang artis wanita yang masih berstatus isteri orang.

SS dengar-dengar dia dikatakan bermasalah dengan suaminya tetapi perbuatannya tidur dengan teman lelakinya amatlah tidak wajar. Bukan saja ditegah agama tetapi perbuatannya itu juga amat tidak bermoral dari segi hubungan kekeluargaan.

Tidak tahukah wanita yang masih berstatus isteri meniduri lelaki lain, jika mahu mencium bau syurga perlu berterus terang dengan suami kecurangan dan segala perbuatannya sepanjang menjadi isteri.

Ramai yang mengamalkan konsep 'pandai makan pandai simpan' atau menganggap itu dosa mereka dengan Yang Maha Esa, tetapi ramai terlupa dosa membabitkan sesama manusia adalah paling rumit. Selagi tidak dimaafkan, maknanya sampai mati pun tetap menanggung dosa.
SS: Sukar mencari pasangan yang benar-benar setia.

0 ความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น