วันพุธที่ 21 มกราคม พ.ศ. 2558

Saya paparkan satu lagi perkongsian daripada salah seorang pembaca yang menulis pada ruang komen berkenaan topik yang sama.

Kali ini, pembaca kongsikan pengalamannya sendiri menggunakan kenderaan pickup dari tiga model yang berbeza.

Pembaca itu kongsikan pengalamannya dalam perbandingan antara Hilux, Ford Ranger dan D Max.

Mungkin pembaca yang sedang mencari-cari pickup mana nak pakai dan tak dapat buat keputusan mana satu yang bagus boleh gunakan pengalaman yang dikongsikan di bawah sebagai panduan.


Bandingan Hilux, Ford Ranger Dan D Max

Assalamualaikom semua pembaca...

Cuma berkongsi pengalaman saya dalam pickup truck ni...

Saya baru 5 tahun berjinak jinak pakai pickup truck ni. Memang minat kenderaan yang tinggi camni.

Pengalaman pertama saya dalam pickup truck ni saya pakai hilux 3.0. Mula pakai memang syoq habis. Lepastu makin lama makin menyampah dah.

Mau taknya, atas highway asyik kena tapaow je dengan D.max Thailand. Kita dok ingat pickup 3.0 kita cukup gah dah. Phuieee!!!, pickup Thai yang low spec tapaow pulak tu.

Dan lagi satu perkara yang aku tak suka, bila sampai nak service. Makin lama makin mahal Toyota hentam harga. Lepastu Q punya la lama nak service pun.

Selepas pakai 3 tahun hilux tu, pastu pi survey D.max baru. Survey juga Colorado, berkenan dan jatuh hati pulak kat D.max.


Jadi aku pun pakai la D max...
D.max ni satu perkara yang aku tak suka lepas pakai adalah sound enjin dia makin kuat la pulak. Sampai anak aku cakap ingat ayah balik naik lori...adehhhh.

Lori la pulak anak aku cakap...tak puas hati. Selang 6 bulan aku pi survey pulak ford ranger. Test drive dan setelah diteliti, aku pun jual D.max aku yang baru 6 bulan aku pakai.


Sekarang ni dengan Ford ranger la plak. Setakat ni aku amat berpuas hati dengan FR. Sebabnya adalah....

Road tax murah berbanding degan yang lain baru RM5++.++ je. Tapi kenderaan kita guna hampir sama juga dengan pick up lain. Kalau dulu hilux aku kena road tax RM1600.00. Itu belum masuk insurance lagi. Tapi dari segi faedah lebih kurang sama juga dengan FR
Sound enjin dia antara yang paling perlahan antara yang lain, itu pendapat aku laaa...
Performance terbaik antara pickup truck yang pernah aku pakai.
Accessories pun banyak, boleh dapat lagi murah kalau masuk pasang kat hatyai..
Stability baik sangat, compare dengan hilux, memang jauh beza la. Hilux 3.0 aku dulu nak cecah 120km/j pun lembab. Lepastu dah mula goyang. Memang x stabil langsung...
Yang paling aku takut naik hilux ni bila time hujan. Dalam kelajuan 80km/j di jalan, anytime kenderaan anda boleh terbuang bila redah air bertakung di jalan. Tak payah banyak la air tu, sedikit pun dah cukup untuk hilux tu buat roller custer. Sahabat aku total lost gara-gara kes ni jee. Hilux dia siap berpusing pusing entah berapa kali dia pun tak ingah dah. Kalau FR aku yakin dengan system terbaru yang digunakan dan teruji memang tak terlompat atau berpusing bila redah air bertakung. Dan aku yakin dengan kelajuan tinggi di lebuh raya

Setakat ni je la aku share pengalaman aku pakai 4x4 ni. Mungkin ada lagi tapi cukup la setakat ni. Apa pun FR memang terbaik setakat ini..wallahualam.

Lagi Bandingan Hilux, Ford Ranger Dan D Max
Ok! itu pengalaman yang dikongsikan oleh salah seorang peminat pickup atau 4x4 yang semkin mendapat tempat di kalangan rakyat kita terutamanya mereka yang suka cabaran dan kerja gigih.

Mungkin anda merupakan salah seorang peminat dan ada banyak pengalaman yang seumpama di atas dan ada pandangan tersendiri dalam menentukan mana satu yang baik mana satu yang kurang baik.

Tak semestinya cuma Hilux, Ford Ranger dan D Max sahaja. Ada banyak lagi jenama lain yang boleh dicuba dan dibandingkan bergantung pada citarasa masing-masing.

Kalau anda ada cerita yang nak dikongsikan, boleh hantar pada saya atau komen saja dengan maklumat yang mencukupi untuk saya jadikan satu artikel perkongsian dari pengguna.

Buat pembaca yang sudi kongsikan bandingan antara Hilux, Ford Ranger dan D Max di atas, saya ucapkan ribuan terima kasih atas jasa anda bersusah payah menyumbangkan maklumat buat pada pembaca di blog ini.

13 ความคิดเห็น:

  1. hilux dengan ranger...
    susah jugak buat pilihan sebb dua2 pun berjenama
    tengok kemampuan la masing2

    ตอบลบ
    คำตอบ
    1. betul jugak, dari ragu ragu yang mana satu nak beli. mestilah ukur ikut badan. nnti hutang dengan bank juga sendiri yang bayar

      ลบ
  2. heart heart bila laki pandu mana mana pun hendsem
    suka tengok, macho sangat haha
    memang bergaya

    ตอบลบ
  3. i sokong diesel, ada ohm boleh cepat
    macho tu bila ade kotor sikit dengan luka mcm bomba man
    macam tu baru man, main gear semua
    tu har iklan petronas euro 5

    ตอบลบ
  4. ความคิดเห็นนี้ถูกผู้เขียนลบ

    ตอบลบ
  5. iklan petronas euro 5 kan. tu ade tp station x ade
    huhuhu sian kat kita nak cari stesen yg ade
    bukan main senang, baik guna yg lain, rosak enjin sy nnti

    ตอบลบ
    คำตอบ
    1. euro 5 petronas ni yang dikatakan boleh bersihkan enjin, kalau enjin awak tu bermasalah. selain servis boleh cuba jugak. so far komen positif selepas guna

      ลบ
    2. tu har. member i guna pun sebab ni jugak
      kalau tidak servis lagi mahal. lagipun kalau enjin kotor je, cuma isi diesel boleh setlle mestilah isi dulu. nanti x boleh, servis jer

      ลบ
    3. blh cuba euro5 yg lain..
      bhp infiniti euro 5 diesel
      shell fuel save euro 5
      petron turbo diesel euro 5
      caltex power diesel euro 5

      ลบ
  6. euro 5 dengan petronas boleh bersihkan enjin lagi
    itulah ramai beratur nak cuba
    entahlah mungkin yang pump diesel baru kenal
    biasalah 4wd pun guna diesel kan

    ตอบลบ
  7. yea sebab euro 5 nih xda entah ape jadi boleh fungsi bersihkan enjin
    i pun ade member beratur panjang pun nak =.=
    i pun keliru jugak

    ตอบลบ
  8. member i guna kereta biasa tp diesel pun dah cuba
    takkan 4wd belum lagi. kalau tidak x cukup power nak tarik roda sendiri pun
    kihkihkih

    ตอบลบ
  9. hahaha i pun rasa demikian. kereta power macam 4wd kalau x guna diesel pun rasa aneh. sebb tu kereta power mestilah pair dengan yang power kan
    lagipun dalam sejarah memang kereta 4wd yang guna diesel

    ตอบลบ